bila terpandang wajah mu hati jadi tak keruan..rindu kian mencengkam jiwa...apakh ini tandanya aku dah.......

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



oTheR LInk


Customize your blog

Customize your blog


free web counter
free web counter

TESTING...1...2...3

kU AwaN yg Kelabu Ku TempuHi Lorong Yg BerLiku MenCari Sinar yaNg menerangi KegelapanKu...

Ku PeRcayA ,MungkiN suaTu Masa Sang Suria kan MenJelma Jua Membawa HaRapan yg menggununG BerSamaNya...

EngKau Tiba bagaikaN pelANgi, Tak berCahYa namun Kau berseRI... Tapi CukuP meNghiburKan Hati ini..

SehaRian WakTu BersaMa mu Tak teraSa saat Yg berlaLu bagai Pelangi Petang kau kan paSti PERGI JUA

...

TiADa BaHAsa SeINdaH SeNyUmAn

*Kenangan Terindah Dalam Hidup Ku Adalah Tika Waktu,Aku Mula Mengenali Diri Mu..Dan Kala Terbitnya Sayang,Kasih,Cinta Dan Rindu Tuk Diri MU..Sayangnya Kau Tak Mengetahuinya..Hanya Pada Mu ALLAH Ku berserah..amin....*
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, April 6
kasih

Assalammualaikum wrwbt..

Erm nie adalah cerpen yang saya wat..just nak isis masa lapang..n test bakat jer…jangan gelak erk..tapi kalau nak komen leh….so saya leh bg improve diri lagi…thanks pada yang sudi nak baca…

 

“Tak acihlah….”kata Hanna sambil mencubit peha kiri kekasihnya,HIkmal…

“Eh,betullah,apa yang tak acihnya pula ni?”

“Yang tu ,abang tak kira ek…ah..yang paling terang kat sana tu”

“Oh, ye tak ye “ Hikmal senyum sinis..

 

“Bang nanti…kalau abang dah pergi Amerika..jangan lupa kira bintang ek..saya nak setiap malam abang kira bintang…

“Eh, untuk 4 tahun kat Amerika tu , malam-malam kena kira bintang ke?”

“Iyelah, bang…dan sayan nak abang cari bintang yang paling terang sinarnya..dan abang kena percaya pada hati,bahawa orang yang abang rindu itu juga sentiasa merindui abang…”

 

“Iyelah ,sayangku….”kata HIkmal senyum sambil mencubit pipi kiri Hanna dengan manjanya.

“Janji tau ! Hanna membesarkan matanya …

“abang janji saying…”

 

Malam kian larut…bunyi cengkerik di temani sinar rembulan yang menemani pasangan kekasih itu,..Hikmal dan Hanna…Pasangan kekasih yang telah berjanji untuk setia namun…

HANYA TUHAN YANG MENETUKAN SEGALANYA….

Hanna terlena dalam dakapan Hikmal ……walaupun kabus malam menerpa dan membenam, masuk ke tulang sum-sum tetapi malam tetap hangat dengan kehadiran unggun api dan bunyi sang unggas yang bersahut-sahutan….

 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

 

“Hello saying”

“Hello saying” nafas Hanna tercunggap-cunggap…

“Ah …saying kat mana da nie?”

“Ye…ye…ye kejap lagi lebih kuarang dalam 5 minit saya akan sampai…tunggu yeeee”…”kata Hanna lalu mematikan talian …

 

Pada malam itu…14.02. sememangnya hari yang di nanti-nantikan oleh ramai pasangan kekasih dan begitu jugalah dengan HIkmal dan Hanna…dan di tempat yang biasa…di tepi tasik,bersama dengan nyalaan unggun api…mereka bertemu lagi…

 

“Maaf, abang,saya lewat lagi” Hanna senyum sinis.

“Ah..ni mesti kena denda nie,,,cium pipi abang”Hikmal senyum sambil menunjuk-nunjuk pipi kanannya pada Hanna…

Ok nanti ade masa baru sambung lagi…


Posted at 12:06:24 pm by topengpalsu
Comments (2)  

Lagu...

Kasih…

Maafkan diriku

Banyak dosaku padamu..

Tidak terhitung jari-jemari aku

Tak dapat di bilang bagai bintang beribu

Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu

 

Kasih

Engkau tak bersalah

Hanya hatiku yang gusar

Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga

Dan tanpa belas, ku buat kau kecewa

Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya ….kasih

 

3 malam tanpa bintang

Dan diriku di himpit penyesalan

Arah tuju kian fana

Kerna hilangnya manira

Bagaikan siang di selubung gerhana

 

Kembali senda tawa

Pulankan manis di senyumannya

Ku panjatkan keinsafan dan pastikan kesetiaan

Sehingga takdir menghentikan nyawa..


Posted at 12:02:13 pm by topengpalsu
~**komen sikit...**~  

Sunday, March 4
maafkan aku

ni haaa..peng forwad dr massage board...wat masa nie tak de information terbaru lagi dr peng...insyaALLAH nanti dah tak busy peng akan owez edit balik blog nie...

Maafkan Aku Su, Zu, As, Mag dan Is...
Body: Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku
betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok.

Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.

Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kala u ada kelas petang, harus aku terpeleot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak power tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi library, study. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. Meeting pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting start pukul 4, harus pukul 6 baru settle. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau meeting tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. Coach nak pilih pemain-pemain handal aje untuk team dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-menber aku semua ajak keluar makan.

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is, sorry.

Last-last,semuanya aku tinggalkan. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah kawan kita yang sebenar, yang akan backing kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Wallahualam.


Posted at 2:59:09 pm by topengpalsu
~**komen sikit...**~  

saje jer

Assalammualaikum wrwbt...

hehehe..baru ade masa sket nak edit blog nie..erm actually peng busy sangat sejak bermenjak2 nie...tu yg langsung tak de masa nak edit blog nie..lagi pun peng terlupa ape password peng..agagaga..thanks so much pada kowang semua yang masih sudi nak singgah n jenguk blog peng...hope so kowang semua sihat walafiat n berjaya dunai mahpun akhirat....ok ada masa peng will update lagi blog nie...

wassalam..

ukhwah sejati sentiasa di hati...


Posted at 2:51:46 pm by topengpalsu
~**komen sikit...**~  

Wednesday, December 20
really miss u!

sahabat..

sahabat,di manakah kau berada tika ini??tahkah kau bahawa aku sangat merindui mu,rindu yang teramat sangat,ntah adakah kau rasakan apa yang aku rasakan,jauh di lubuk hati ,aku ingin semuanya seperti suatu masa dulu..

sahabat..

ingatkah kau tentang ape yang telah kite lalui bersama...boleh di katakan tiada rahsia antara kite...kite sering bertukar cerita ,tak kira suka mahupun duka...bila aku nangis kau pun nangis sama...dan begitu jg lah sebaliknya...bak kate pepatah "cubit paha kiri ,paha kanan pun terasa"..semua itu kite kongsi bersama..persoalannya,adakah kau masih mengingati waktu-waktu itu???

sahabat

namun.........


Posted at 11:22:43 am by topengpalsu
Comments (2)  

Thursday, November 30
TERCIPTA UNTUKKU-UNGU

Assalammualaikum wr wb...

lirik lagu background music blog nie..

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu


p/s:enjoy it...Wink




Posted at 12:43:31 pm by topengpalsu
Comments (2)  

Tuesday, November 28
Renungan Bersama

"SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA."

"SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA."

"YA ALLAH,ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. "

NAMUN, ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU BERIKAN KEPADAKU. "
YA ALLAH,JIKA AKU JATUH CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA,JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU. "

YA RABBANA,JIKA AKU JATUH HATI,JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU, RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU
YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.
YA ALLAH,JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.


~~~~~sajak Aminah Qutb kpd suaminya~~~~~

Posted at 9:01:02 am by topengpalsu
~**komen sikit...**~  

Monday, November 27
ermmm

erm...ntah la aku tak tau nak kate cam ne...hati aku tak tenang...minda aku jangan nak kate la.....yg aku tau...jiwa and hati aku rasa terseksa jer...huh..minda aku memberontak...huhu...takut jer nanti2 nafsu lak menguasai semua tue...

aku rasa,mcm nasib tak menyebelahi aku jer..huh...bukan nak mengeluh qada dan qadar ALLAH..tp ntah la...aku nak nangis jer...tp air mata memang tak dpt nak kuar...org kate kalau rasa nak nangis..nangis jer...ni aku da try....tp apsal lak tak le....air mata da ada kat tabir mata nie...tp susah nak jatuh lak...huh....

huh..kekadang aku macam da give up la...tp ats nasihat n dorongan org kuat aku...aku tak jg wat benda2 yg gilos lg bodoh tue...

ntah la..tak tau nak kate cam na lg...


Posted at 10:51:37 pm by topengpalsu
~**komen sikit...**~  

Sunday, November 26
huh

kenyataan ini
walaupun amat payah
tetap ku terima
dengan hati yang terbuka
sudah tertulis disuratan
tiada jodoh kita bersama

tapi mengapa
kau meluahkan pula
apa yang tersimpan didada
menambahkan lara dijiwa

meskipun masih ada cinta
pendamkan sahaja
apalah guna membicarakannya
kerana semuanya kini sudah
tidak bermakna lagi

jadilah anak yang soleh kepada kedua ibubapamu
dan jadilah suami yang baik kepada isterimu


******************************************


buatmu....sayangku....
bersabarlah...
sudah tertulis sejak azali
sidia bukan milikmu abadi
setiap ketentuan Ilahi
ada hikmah yang tersembunyi
kita sebagai insan yang lemah
mungkin tidak mengetahui
ku tujukan puisi ini buatmu
kerana hanya ini yang termampu kulakukan
semoga diberi kekuatan menghadapi dugaan
dan kebahagiaan sentiasa buatmu...

InsyaAllah.... teratak_sm18.gif

thanks kak mas....coz fhm situation ana....



Posted at 2:24:41 am by topengpalsu
Comments (2)  

Saturday, November 25
kAD ITU

sekeping kad itu
lewat petang ku terima
entah mengapa
jiwa diterjah rasa
dada berdebar pula
perlahan sampul ku buka
harum wangian menerpa
mata tertacap pada nama tertera
terpaku
terkedu seketika
nafas sesak tiba tiba
terasa gugur jantung saat itu juga!

kad hijau muda
yang ku terima
membuatkan
airmata
berderai juga
hati yang terluka
bertambah parah jadinya!

sekeping kad itu
yang bertamu
tanpa diundang
malahan turut mengundang
memeriahkan
menyerikan majlis perkahwinan!

aduhai..
mampukah aku ..bersama
meraikan hari bahagiamu
yang terbina
dengan airmataku!!!

From kak mas




 


Posted at 10:28:36 am by topengpalsu
~**komen sikit...**~  

Next Page